Akaun jejakmegat.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
JEJAK MEGAT | Collector's Edition DVD Crowdfunding

Apa yang kami perlukan dari anda untuk menjayakan crowdfunding ini.

Jejak Megat adalah sebuah filem indie yang diterbitkan oleh Liz Morne dan Rozinor Razali. Penerbit kini sedang mencari dana untuk menampung perbelanjaan fasa pra-produksi, produksi, pos-produksi, pemasaran, hakmilik, yuran festival dan agensi serta kos-kos lain yang berkaitan.

Penggambaran filem ini telah selesai, dan kini kami mencari dan mengumpul penyokong untuk membantu kami menyiapkan filem indie ini.

Kami kini mempunyai filem yang hebat di tangan kami, tetapi kami memerlukan sokongan anda untuk menyempurnakan filem ini dengan membuat pembelian pra-tempahan DVD Collector's Edition yang kami terbitkan ini.

Jejak Megat DVD Collector's Edition Box Set


Tentang Filem Ini.

Jejak Megat, filem indie luar biasa oleh Rogue & Rebel Studio, dijamin membuat anda terpaku menonton setiap babak yang digarap dan dirancang rapi serta kru yang berwibawa dan kreatif, Jejak Megat pasti akan menjadi salah satu filem indie yang menjadi bualan tentang pembikinannya.

Filem ini menonjolkan konsep penceritaan yang disulami penipuan dan pengkhianatan sebagai konflik utama dan cinta sebagai kekuatan terbesar yang mempengaruhi segalanya.

Lawati laman web rasmi filem Jejak Megat.

Baca tentang Jejak Megat di Utusan Online.


Rekabentuk Inlay & DVD Filem Indie Jejak Megat


DAPATKAN DVD COLLECTOR'S EDITION JEJAK MEGAT DENGAN MEMBUAT PRA-TEMPAHAN SEKARANG!

HANYA RM55.90
(HARGA SEBENAR RM89.90)


Tonton temuramah eksklusif filem indie ini dalam Sembang Santai CTCFM.



Bagaimana Anda Dapat Membantu Kami.

Rogue & Rebel Studio akan menerbitkan DVD Collector's Edition Jejak Megat dan anda hanya perlu membuat pra-tempahan DVD tersebut DENGAN HARGA RM55.90 yang akan dikeluarkan dan diedarkan kepada anda pada BULAN MAC 2019.

Sokongan anda dengan membuat pembelian pra-tempahan mampu membantu kami meneruskan rancangan kami untuk menerbitkan lagi filem filem indie yang baik dan berkualiti.

Sekiranya kami cukup beruntung untuk mencapai matlamat kami, apa sahaja yang kami terima akan dapat membantu menyelesaikan kos perbelanjaan pembikinan filem ini dan proses lain yang diperlukan seperti penyertaan festival filem, kos perjalanan, kos pemasaran, kos PR, kos perakaunan, kos upah agensi, kos undang-undang dan banyak lagi!


Rekabentuk PhotoBook Belakang Tabir


Apa yang akan anda perolehi sekiranya anda mendapatkan pra-tempahan DVD Collector's Edition Jejak Megat

Anda akan dapat menonton sebuah filem yang diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di Johor Bahru pada lewat 80'an. Anda juga dapat menonton filem ini dalam ruang keselesaan anda sendiri bersama keluarga tersayang dan anda akan dapat menikmati penceritaan dunia Jejak Megat yang mempunyai kesinambungan secara eksklusif dimana kami akan memberitahu anda tentang kesinambungan cerita dalam dunia Jejak Megat ini.

Kami menghargai sokongan anda dan apa yang terdapat dalam Box set DVD Collector's Edition ini adalah;

  • Filem Jejak Megat
  • Komentari Penulis/Pengarah
  • Kisah Belakang Tabir
  • Runut Bunyi & Skor Filem
  • Poster
  • Poskad Watak
  • Photobook Belakang Tabir

dan bagi menambah keterujaan anda dalam memiliki filem indie yang tidak akan ditayangkan dimana mana panggung walau kami ditawarkan berjuta ringgit, demi menjaga hakcipta dan harta intelek kami yang sangat berharga ini, kami akan memberi 2800 tiket ke tayangan tertutup filem Jejak Megat ini di panggung terpilih.

INI SEMUA DEMI MENGHARGAI ANDA SEBAGAI PENYOKONG KAMI!


Rekabentuk Poster Filem Indie Jejak Megat


DAPATKAN DVD COLLECTOR'S EDITION JEJAK MEGAT DENGAN MEMBUAT PRA-TEMPAHAN SEKARANG!

HANYA RM55.90
(HARGA SEBENAR RM89.90)


Risiko dan Cabaran

Walaupun kami sudah selesai fasa produksi Jejak Megat, namun masih terdapat banyak tugasan yang hendak dicapai dan itulah di mana anda datang untuk membantu kami menjadikan ini kenyataan!

Ikut perjalanan kami di;

  • Instagram -  @roguenrebel
  • Twitter -  @jejakmegat
  • Facebook - Jejak Megat
  • YouTube - Rogue & Rebel Studio


Rekabentuk Halaman Photobook Belakang Tabir Filem Indie Jejak Megat


Cara Lain Anda Boleh Menyokong Filem Jejak Megat

Jika anda mahu menonton filem indie Jejak Megat di tempat anda, sila beritahu kami!  Kami mungkin dapat membawa filem ini untuk tayangan tertutup ala wayang pacak di komuniti anda. Kami berbesar hati untuk membawa filem ini terus kepada anda.


Rekabentuk Poskad Watak Filem Indie Jejak Megat


TERIMA KASIH SEMUA!

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelakon dan kru yang sangat berbakat di atas pengorbanan mereka yang tidak terbalas sewaktu penggambaran produksi Jejak Megat. 

Kami juga sangat berterima kasih kepada semua yang menyokong crowdfunding DVD Collector's Edition Jejak Megat ini, bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi dengan sebaran dari mulut ke mulut dan sebaran sosial berkongsi tentang projek kami ini kepada seberapa ramai orang yang mungkin. 

Filem ini tidak akan dapat dibuat tanpa penglibatan setiap seorang daripada anda dan kami sangat sangat teruja untuk anda menjadi sebahagian daripada pergerakan kami kerana kami akan terus berusaha keras untuk membina satu ekosistem industri filem yang mampan dan berketerampilan.

Terima kasih!


DAPATKAN DVD COLLECTOR'S EDITION JEJAK MEGAT DENGAN MEMBUAT PRA-TEMPAHAN SEKARANG!

HANYA RM55.90
(HARGA SEBENAR RM89.90)


AKHIR KALAM PENUTUP BICARA, KAMI PERSEMBAHKAN
JEJAK MEGAT - UNOFFICIAL FIRST LOOK TRAILER
BAGI MENAMBAH KETERUJAAN ANDA. 



dan untuk berterima kasih kepada anda yang telah membuat sumbangan terhadap crowdfund ini, kami membuat penghormatan pada anda dengan mengabadikan nama anda di kredit akhir filem ini.

Senarai nama akan kami kemaskini di laman web rasmi kami